Ada cerita si pasangan perawan
Mengaku, menganggap diri pinang yang ditawan
Sama elok, sama padan katanya
Walhal masih berteka-teki, masih belajar seni
Seni romantik yang dikejar pemuda-pemudi zaman kini
Tidak mengapa, memang tiada salah bukan?
Cuma manis kasih langit serta pahit realiti dunia perlu dibezakan
-----------
Cinta akan tersemat dan berbunga selagi tanah tamannya dijaga
Tamannya akan dijaga dan disiram selagi pemiliknya berharta
Berharta bukan berintikan emas dan wang
Berharta kerana limpahan sayang yang tidak berbilang-bilang
Jika harus ditanya
Dari mana sayangnya ada?
Jawapan nya harus diwarta
Dari si arjuna kasih yang sedang hidup merindui tawa si dia
