Daku berniat
Tak air talang dipancung;
peluh diurut, hujan ditampung

Tidak mahu aku lupa
Akan kau penghuni cinta
Yang dulu madu berbunga bunga
Kini asap mendung jiwa raga
Katanya sesat mengikut masa

Durjana nya engkau siap lari menyepi
Saat penuhnya sayang kisah hati
Susah nak jawab SMS atau Call setiap hari
Tapi tak mengapa aku faham
Ikut saja tidak terperi

Salah aku juga wahai si pria pujangga
Kerna bibir kau manis, suam dan selesa
Aku dengar pun cair; lunak nya suara
Kalah aku lalu hanya menyandar kepadanya
Tidak ku sedar itu sifat tekanan, menyekat jiwa si jejaka

Maaf sayang
Maaf dari jalang
Mana aku tahu
Engkau lemas dari kasih ku
Mahu aku lesap
Tetapi jantung tetap
Milikmu